Thursday 26 January 2017

Nilai-Nilai Spiritual Pengintegrasian Ilmu Aqli dan Naqli dalam Pendidikan Bersepadu Perspektif Risale-I Nur

Dr. Muhammad Widus Sempo

Simposium Pendidikan diPeribadikan

Tarikh: 25/01/2017  -  26/01/2017
Tempat: Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)

Integrasi Ilmu Sains dan Teknologi dalam Pendidikan Generasi Abad ke-21 Perspektif Risale I-Nur
http://www.ukm.my/fpendidikan/conference/simposium-pendidikan-diperibadikan/

Abstrak
Said Nursi dalam perjuangannya memartabatkan Islam sebagai asas utama pendidikan menyedari bahawa ilmu-ilmu alam dan sains moden mesti diintegrasikan dengan ilmu-ilmu agama dalam pendidikan generasi pada abad ini. Bagi Said Nursi, ilmu-ilmu agama adalah cahaya hati manakala sains moden merupakan sinar minda. Dengan penguasaan yang baik kepada kedua-dua ilmu ini, seorang pelajar berkebolehan tinggi dalam memberi manfaat kepada umat dan bangsa melalui dakwah dan perkongsian ilmu yang berterusan. Selanjutnya, Said Nursi melihat bahawa pengintegrasian kedua-dua ilmu ini akan menjadi akar teras kepada lahirnya tafsir saintifik al-Quran yang diterajui oleh sarjana-sarjana muslim yang memiliki kepakaran dalam pelbagai ilmu. Oleh itu, Said Nursi melihat pentingnya penubuhan Medrasah az-Zahra’ sebagai wadah pengintegrasian ilmu aqli dan naqli. Justeru, penulis akan menggunakan metod tematik analisis dalam penulisan ini. Penulis pada peringkat pertama akan mengumpulkan semua pernyataan Said Nursi yang berkait rapat dengan tajuk di atas di dalam Risale-I Nur. Sementara pada peringkat kedua, penulis akan mengkaji nilai-nilai spiritual pengintegrasian kedua-dua ilmu tersebut perspektif Said Nursi dalam menciptakan insan-insan holistik, seimbang dan berjiwa patriotik melalui pendidikan diperibadikan yang merentas zaman.






















Gambar-Gambar Pembentangan




No comments:

Post a Comment