Monday 19 December 2016

Menggapai Husnul Khatimah

Dr. Muhammad Widus Sempo

ISBN-13: 978-967-411-614-9
Tarikh Terbit: 16 Sep 2015
Jumlah Muka Surat: 256

http://pts.com.my/buku/menggapai-husnul-khatimah/
Sinopsis:
Mengakhiri usia dengan husnul khatimah bukan satu perkara yang susah seperti yang difikirkan oleh majoriti masyarakat awam, bahkan juga dalam kalangan intelektual. Apa yang susah adalah sekiranya persepsi ini dibiarkan berlarutan. Ini sehingga menggigit daya pemikiran dan hati, tanpa sebarang usaha bagi menjelaskan sejauh mana peluang dan persiapan setiap insan dalam meraih husnul khatimah.
Husnul khatimah adalah jalan keemasan yang memimpin kita bagi meraih darjat kehambaan. Ini tidak dapat dinilai walaupun dengan emas. Darjat kehambaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan keredhaan dan maghfirah (keampunan) Allah s.w.t. Ini memungkinkan kita menemui dan melihat zat-Nya tanpa hijab di akhirat nanti.
Bab 1: Damba dan Impikan Husnul Khatimah
Bab 2: Syurgamu di Bawah Telapak Kaki Ibu
Bab 3: Sentiasa Berada dalam Naungan Kalimah Tauhid
Bab 4: Lazimi Diri dengan Zikir Pagi dan Petang
Bab 5: Merperbanyakkan Istighfar
Bab 6: Memperbanyakkan Selawat
Bab 7: Menggalakkan Budaya Mengaji pada Setiap Hari
Bab 8: Sudah Halalkah Makanan dan Minuman Kita?
Bab 9: Adakah Kita Sudah Memiliki Mata Kalis Api Neraka
Bab 10: Adakah Kita Sudah Memiliki Tangan Dermawan seperti Para Sahabat
Bab 11: Adakah Kita Sudah Mempunyai Sifat Memaafkan?
Bab 12: Adakah Kita Sudah Memiliki Kaki Seberat Gunung Uhud?
Bab 13: Biasakan Diri dengan Berpesan pada Kebaikan
Bab 14: Jadilah Ashabul Yamin
Bab 15: Merindui dan Mencintai Golongan yang Dekat dengan Allah s.w.t.
Bab 16: Melembutkan Hati dengan Kisah-Kisah Ahli Taubat
Bab 17: Dengan Kucing Dia ke Neraka, Dengan Anjing Dia ke Syurga
Bab 18: Jangan Terlalu Mencintai Dunia, Cintai Ia kerana Lebih Mencintai Akhirat
Bab 19: Duniamu Pentas Menuju Akhirat dan Teropong Keabadian, Bukan Pentas Sandiwara
Bab 20: Kawan, Bekalan Kamu Masih Sedikit
Bab 21: Esok Kiamat Kecil Kita
Bab 22: Mengumpul Duit Semata-Mata? Tidak!
Bab 23: Nabi Yaaqub a.s. dan Detik-Detik Terakhir Kematian
Bab 24: Allah s.w.t. Kawan Sebenar Kita
Bab 25: Selagi Hidup, Takutlah kepada Murka Allah s.w.t. di Atas Tikar Maut Mengharap Redha dan Keampunan-Nya
Bab 26: Miliki Keimanan yang Membaja dan Doa yang Ampuh
Bab 27: Dua Wajah Berlainan: Husnul Khatimah dan Su’ul Khatimah
Bab 28: Tanda-Tanda Husnul Khatimah
Bab 29: Doa-Doa Husnul Khatimah

No comments:

Post a Comment